Salam buat diriku yang hina... hmm.. pagi ni mimpi arwah ibu lagi... tapi mimpi ni agak pelik jugak sebab ibu dalam keadaan sedih dan tak bercakap sepatah pun... letih sangat hari ni, jadi waktu baring2 di katil, terus tertidur sampai pukul 3-4 pagi.. tertinggal insyak berjemaah... mungkin sebab tu mimpi ibu tengah sedih.. sedih sebab anaknya abaikan suruhan nabi yang mulia, Muhammad S.A.W...
Mimpi bermula di rumah... waktu tu hanya ada abang acik, abang wan dan ana je... abang shafiq dan ayah takde..tak tahu pergi mana.. kami tengah berbual-bual di muka pintu rumah.. tiba-tiba ibu datang dan terus masuk bilik yang selama hidupnya di situlah ibu selalu terbaring dan sakit.. kami buat tak endah, terus berborak tanpa henti.. dalam beberapa minit kemudian, ana perasan yang ibu ana keluar dari bilik tersebut dan terus berlalu pergi dengan melalui pintu depan rumah, betul2 di hadapan ana dan abang2.... tapi kami macam tadi, terus berborak.. lama-kelamaan ana rasa tak sedap hati sebab ibu keluar tak balik2... jadi ana tanya abang acik , ada nampak ibu masuk rumah tak.. dah lama sangat kat luar tu.. abang acik kata tak perasan pulak... maknanya ibu masih kat luar rumah..
Dalam keadaan risau, kami buat keputusan untuk berpecah ke arah 3 penjuru berbeza... seingat ana, ana pergi ke arah kiri manakala abang acik ke arah kanan.. abang wan ke arah belakang... jadi ana pun teruskan pencarian demi pencarian.. sehingga lah ana perasan ana berada di satu kawasan yang semuanya dalam keadaan ceria dan gembira... ada anak2 sedang bermain dengan ibu bapa, ada sepasang kekasih sedang bermesra dalam keadaan yg baik, mungkin suami isteri... dan di situ terdapat pelbagai makanan dan minuman yang sedap2... ana tak peduli.. ana terus liar mencari ibu kalau2 dia ada di situ..
Akhirnya ana jumpa!!! di tengah2 kegembiraan orang ramai, ana nampak susuk tubuh yang amat ana kenali.. ibu ana sedang duduk di atas kerusi panjang.. sepanjang barisan kerusi tu, semua orang yang duduk di situ bertemankan wajah yang gembira dan ceria... tapi tidak bagi ibu ana.. ana betul2 dapat lihat riak wajah arwah ibu sangat sedih... ana terus salam tangan ibu dan ingin bawa ibu pergi dari situ sebab tak nak ibu sedih2 lagi... waktu ibu berdiri, ana tak tahu kenapa ana sebak sangat waktu tu...ibu pandang wajah ana tepat tanpa sebarang kata2.. ana cium tangan ibu.. dan dengan ciuman itu, ana terus terjaga dari mimpi... hmmm.......
Terkesima dengan mimpi tersebut, ana capai henset untuk lihat jam.. sudah pukul 4.30 pagi.. ana terus bergegas ke bilik air kerana takut sebab ana masih belum tunaikan solat fardhu Insyak... dalam setiap pergerakan ana pagi tu, ana rasa sayu sangat... teringat arwah ibu...
Kenapa ibu sedih ye?
Maafkan Alif...