~Kutemui CintaNya~
Salam buat diriku yang hina.. Alhamdulillah, selesai sudah baca novel tulisan Dr Farhan Hadi.... Kutemui CintaNya... cerita tentang seorang pemuda yang pada mulanya lalai dan seronok dengan kehidupan dia... memiliki sorang awek yang cantik dan bekerja sebagai seorang penyunting novel di sebuah syarikat penulisan... hidup dia berubah bila mana suatu petang dia mengalami kemalangan... sejak hari tu, dia selalu mengalami sakit di bahagian pinggang... akibat daripada kurangnya ilmu agama dan pegangan akidah, dia termakan dengan cadangan dua sahabatnya yang menyuruhnya berjumpa bomoh dan seorang pengamal silat yang kebal... tapi sepanjang perjalanannya mencari penawar untuk sembuhkan penyakit, dia bertemu dengan seorang rakan yang baru bekerja di syarikatnya.. sahabat yang mempunyai akidah dan pegangan agama yang benar.. seorang yang sangat menjaga batas-batas pergaulan dan soal pemakanan antara subhah dan haram... berkat memiliki sahabat ni, watak utama pon sikit demi sikit berubah ke arah yang lebih baik.. huhu
Suka part dia bernikah.. mulanya dia tak nak sebab bakal isterinya seorang yang dianggap tidak mempunyai paras rupa yang cantik... tapi akhirnya dia kahwin jugak.. selepas kahwin barulah dia sedar , rupa paras bukan lah segala-galanya dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga.. Diaorang dapat dua orang anak.. huhu ^^
Antara sebab ana suka baca novel-novel sebegini adalah kerana penulisnya sendiri.. dalam tengah cari-cari novel , ana akan memilih penulis yang islamik dan bagus akhlaknya... Dr Farhan Hadi bagi ana adalah seorang yang sangat hebat.. mempunyai seorang isteri yang solehah yang juga seorang penulis novel, Ustazah Fatimah Syarha ^^
Hari tu ada juga pasangan bahagia ni datang ke usm kejuruteraan untuk forum... huhu..^^ ... tak ingat da tajuk apa forum tu.. cinta halal kot... sangat kagum dengan Dr Farhan Hadi.. teringat cara beliau melamar dan menikahi Ustazah Fatimah Syarha.. tak pernah message atau call pun.. berjumpa buat kali pertama pada hari mereka bernikah..huhu.. masing-masing malu-malu kucing.. ^^ rumah tangga yang dijaga dan dibatasi dengan syariat daripada awal mampu mencipta keberkatan pada penghujung dan sepanjang perjalanan mengharumi suka duka rumahtangga.. ^^ Salam bahagia~
0 Response to "~Kutemui CintaNya~"
Post a Comment