~Hidup perlu ada ALLAH~
Assalamualaikum buat diri... ada rasa sesuatu dalam hati ni, tapi tak pasti apa sebenarnya. hmm.. lemahnya iman ana...
Semalam 4 November 2012 ada program ziarah kubur yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Islam di kampus ni. Memandangkan hari tu hari ahad, ana buat keputusan untuk join program ni, dapat jugak pahala daripada duduk bilik study jek. Ditakdirkan pagi tu ana bangun lewat, lebih kurang dalam pukul 9 pagi.. fuh..solat subuh pun tertinggal...tapi ana cuba jugak nak hadiri program ni.. duduk fikir2, akhirnya teringat sorang kawan yang satu kos, dalam hati rasanya dia pun tak pergi lagi.. kalau dia da pergi, mesti dia message ada sebab ana takde.. jadi tepon la dia..Alhamdulillah, dia belum pergi.. Allah permudahkan urusan.. berbekalkan hanya tenaga dan tawakal, ana dan sahabat ana pun bertolak ke tanah perkuburan. Di sebelah tanah perkuburan tu ada sebuah masjid.. Masjid Al-Irfan.. ^_^
Maka berlangsung la aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kubur.. kat situ ada 2 kawasan kubur.. agak besar, dengan jumlah peserta yang ada, agak mustahil nak bersihkan kesemua kawasan sebab aktiviti ni akan berakhir tengahari.. apa2 pun, just tawakal dan buat kerja... Waktu sedang bersihkan kawasan kubur, terperasan banyak benda penting, antaranya :
- Kubur ada banyak saiz.. ada yang besar dan ada yang kecil seperti saiz bayi.. Tuhan bagi "message" secara tidak langsung... kita boleh mati bila-bila masa saja.. tak kira muda atau tua.. semuanya akan merasai mati dan tak boleh lari daripada kematian.. hmm..ada kubur saiz bayi.. bertuah mereka meninggal waktu masih bayi...masih suci~
- Ada kubur yang dah lama terbiar.. banyak rumput2 dan lalang2 di sekitar dan atas kubur.. Ada pula kubur yang bersih je.. siap tumbuh pokok lagi di atas kubur tersebut.. nampak berfungsi sebagai payung untuk berlindung dari panas matahari.. semuanya ada maksud tersirat dan tersurat~
- Ada sekor ulat bulu... bila tengah cabut rumput, terperasan ulat tu duduk je atas kubur tu.. mungkin tak berani nak gerak..huhu.. takut kena ngan ana kot..huhu.. terbayang ana jadi ulat bulu tersebut dan sedang berhadapan dengan makhluk besar seperti malaikat.. urkk... apa perasaan ana waktu tu!!???
- Ramai yang bergelak ketawa.. termasuk ana dek kerana gurauan sahabat2 yg laen.. kalau fikir positif, mungkin mereka kesian tengok semua agak letih, jadi dengan jenaka dapat sedikit sebanyak menghiburkan hati dan menghilangkan letih.. huhu... tapi tak kerap la.. hanya sekali sekala je ketawa.. sebab tu kawasan kubur, kena banyak ingat mati.. takkan ingat mati ketawa kot!!??
Balik je dari program, lepas zohor ana tidur.. letih, mungkin tak biasa dengan kerja2 amal seperti ni yang guna banyak tenaga.. tak sangka sangat2 dalam tidur tu, termimpi arwah ibu.. hmm.. rindu sangat2 kat ibu.... Moga ibu tenang di sana.. bangun je fikiran kosong, xtau nk wat apa.. apapun, Al-Fatihah buat ibu dan ahli kubur yang beragama Islam.. kelak kita juga akan "join" mereka.. dah siap ?
0 Response to "~Hidup perlu ada ALLAH~"
Post a Comment