~Letih~

“Kadang-kadang penat jugak asyik berangan untuk mendapatkan sesuatu di dalam dunia fantasi ciptaan sendiri. Mungkin sebab dalam dunia realiti, aku tak mampu kecapi semua tu. Tapi yang pasti, aku nak kenal Tuhan aku. Tuhan yang selama ini banyak memberi petunjuk kepada manusia dan jin. Berubah mungkin perkara yang paling sukar dalam hidup aku. Tapi kalau aku betul-betul berjaya untuk berubah, aku yakin aku mampu menyumbang jasa suatu hari nanti. Berubah….berubah…. aku kena beringat , aku tiada “support” kuat seperti orang laen. Harap-harap Tuhan bantu sepanjang perjalanan untuk merubah hidup kepada lebih baik. Dah penat…. Serius, da penat hidup dalam dosa dan maksiat sendiri… nak jugak merasa hebatnya perasaan jika dekat dengan Tuhan.. Ok., tamat.. sampai sini sia-sia hidup aku.. cukup la sampai sini.. jangan ikut aku lagi ye.. Salam perjuangan buat diri”



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Mimpi Arwah Ibu Lagi~

     Salam buat diriku yang hina... hmm.. pagi ni mimpi arwah ibu lagi... tapi mimpi ni agak pelik jugak sebab ibu dalam keadaan sedih dan tak bercakap sepatah pun... letih sangat hari ni, jadi waktu baring2 di katil, terus tertidur sampai pukul 3-4 pagi.. tertinggal insyak berjemaah... mungkin sebab tu mimpi ibu tengah sedih.. sedih sebab anaknya abaikan suruhan nabi yang mulia, Muhammad S.A.W...

     Mimpi bermula di rumah... waktu tu hanya ada abang acik, abang wan dan ana je... abang shafiq dan ayah takde..tak tahu pergi mana.. kami tengah berbual-bual di muka pintu rumah.. tiba-tiba  ibu datang dan terus masuk bilik yang selama hidupnya di situlah  ibu selalu terbaring dan sakit.. kami buat tak endah, terus berborak tanpa henti.. dalam beberapa minit kemudian, ana perasan yang ibu ana keluar dari bilik tersebut dan terus berlalu pergi dengan melalui pintu depan rumah, betul2 di hadapan ana dan abang2....  tapi kami macam tadi, terus berborak.. lama-kelamaan ana rasa tak sedap hati sebab  ibu keluar tak balik2... jadi ana tanya abang acik , ada nampak ibu masuk rumah tak.. dah lama sangat kat luar tu.. abang acik kata tak perasan pulak... maknanya ibu masih kat luar rumah.. 

     Dalam keadaan risau, kami buat keputusan untuk berpecah ke arah 3 penjuru berbeza... seingat ana, ana pergi ke arah kiri manakala abang acik ke arah kanan.. abang wan ke arah belakang... jadi ana pun teruskan pencarian demi pencarian.. sehingga lah ana perasan ana berada di satu kawasan yang semuanya dalam keadaan ceria dan gembira... ada anak2 sedang bermain dengan ibu bapa, ada sepasang kekasih sedang bermesra dalam keadaan yg baik, mungkin suami isteri... dan di situ terdapat pelbagai makanan dan minuman yang sedap2... ana tak peduli.. ana terus liar mencari ibu kalau2 dia ada di situ..

     Akhirnya ana jumpa!!! di tengah2 kegembiraan orang ramai, ana nampak susuk tubuh yang amat ana kenali.. ibu ana sedang duduk di atas kerusi panjang.. sepanjang barisan kerusi tu, semua orang yang duduk di situ bertemankan wajah yang gembira dan ceria... tapi tidak bagi ibu ana.. ana betul2 dapat lihat riak wajah arwah ibu sangat sedih... ana terus salam tangan ibu dan ingin bawa ibu pergi dari situ sebab tak nak ibu sedih2 lagi... waktu ibu berdiri, ana tak tahu kenapa ana sebak sangat waktu tu...ibu pandang wajah ana tepat tanpa sebarang kata2.. ana cium tangan ibu.. dan dengan ciuman itu, ana terus terjaga dari mimpi... hmmm.......

     Terkesima dengan mimpi tersebut, ana capai henset untuk lihat jam.. sudah pukul 4.30 pagi.. ana terus bergegas ke bilik air kerana takut sebab ana masih belum tunaikan solat fardhu Insyak... dalam setiap pergerakan ana pagi tu, ana rasa sayu sangat... teringat arwah ibu...

Kenapa ibu sedih ye?
Maafkan Alif... 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Change~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~ Ya Allah, Ampunkan Saya~

Ya Allah..seandainya dosaku terhadap arwah ibuku masih tidak terampun, Kau ambillah nyawaku Ya Allah sebagai galang gantinya... tidak tertahan hati ini menanggung dosa yang kian menggunung Ya Allah.. Ya Allah, ampunkan aku.. Ya Allah tuhan yang Maha Pengasih, berikanlah aku satu lagi peluang untuk menuju syurgaMu Ya Allah.. berikanlah satu lagi jalan untukku menjadi anak yang soleh Ya Allah... Ya Allah,terimalah taubat hambaMu ini Ya Allah... selamatkan aku daripada dunia kampus yang penuh dengan kelalaian dunia... selamatkanlah aku daripada manusia yang tidak lagi mempedulikan agama islam Ya Allah... selamatkanlah aku daripada kejahatan diri dan nafsuku Ya Allah.... Ya Allah, aku memohon ke hadratMu Ya Allah, moga mentari hidupku akan bersinar kembali Ya Allah... Moga jalan syuhada terbentang luas kembali di hadapanku Ya Allah... Moga Ayat-ayat Mu kembali dalam ingatan ini Ya Allah... Ya Allah, janganlah Kau memandangku dengan pandangan kemurkaan Mu Ya Allah... Ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah.. ampunkan dosa arwah ibuku... ampunkan dosa ayah dan seluruh ahli keluargaku, guru-guru dan rakan-rakanku serta seluruh umat islam Ya Allah..... Ampunkan kami YA ALLAH.................. ampunkan KAMI.............




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Kelebihan Selawat~

     Pernah diceritakan dalam sebuah kitab, seorang ulama bernama Sufian Suri yang terkenal dengan ilmunya bertemu dengan seorang pemuda yang sedang asyik berselawat sambil melaksanakan tawaf di Kaabah.. Beliau berasa hairan lalu menegur dan bertanya akan pemuda itu , kenapa dia hanya berselawat sepanjang melaksanakan tawaf...  lalu pemuda itupun menceritakan peristiwa istimewa yang mengubah keseluruhan hidupnya sehingga kini..

~Saksikan video ni ^_^ ... dari Tuan Guru Haji Musa~


 

   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Kutemui CintaNya~

     Salam buat diriku yang hina.. Alhamdulillah, selesai sudah baca novel tulisan Dr Farhan Hadi.... Kutemui CintaNya... cerita tentang seorang pemuda yang pada mulanya lalai dan seronok dengan kehidupan dia...  memiliki sorang awek yang cantik dan bekerja sebagai seorang penyunting novel di sebuah syarikat penulisan... hidup dia berubah bila mana suatu petang dia mengalami kemalangan... sejak hari tu, dia selalu mengalami sakit di bahagian pinggang... akibat daripada kurangnya ilmu agama dan pegangan akidah, dia termakan dengan cadangan dua sahabatnya yang menyuruhnya berjumpa bomoh dan seorang pengamal silat yang kebal... tapi sepanjang perjalanannya mencari penawar untuk sembuhkan penyakit, dia bertemu dengan seorang rakan yang baru bekerja di syarikatnya.. sahabat yang mempunyai akidah dan pegangan agama yang benar.. seorang yang sangat menjaga batas-batas pergaulan dan soal pemakanan antara subhah dan haram... berkat memiliki sahabat ni, watak utama pon sikit demi sikit berubah ke arah yang lebih baik.. huhu

     Suka part dia bernikah.. mulanya dia tak nak sebab bakal isterinya seorang yang dianggap tidak mempunyai paras rupa yang cantik... tapi akhirnya dia kahwin jugak.. selepas kahwin barulah dia sedar , rupa paras bukan lah segala-galanya dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga.. Diaorang dapat dua orang anak.. huhu ^^


     Antara sebab ana suka baca novel-novel sebegini adalah kerana penulisnya sendiri.. dalam tengah cari-cari novel , ana akan memilih penulis yang islamik dan bagus akhlaknya... Dr Farhan Hadi bagi ana adalah seorang yang sangat hebat.. mempunyai seorang isteri yang solehah yang juga seorang penulis novel, Ustazah Fatimah Syarha ^^

     Hari tu ada juga pasangan bahagia ni datang ke usm kejuruteraan untuk forum... huhu..^^ ... tak ingat da tajuk apa forum tu.. cinta halal kot... sangat kagum dengan Dr Farhan Hadi.. teringat cara beliau melamar dan menikahi Ustazah Fatimah Syarha.. tak pernah message atau call pun.. berjumpa buat kali pertama pada hari mereka bernikah..huhu.. masing-masing malu-malu kucing.. ^^ rumah tangga yang dijaga dan dibatasi dengan syariat daripada awal mampu mencipta keberkatan pada penghujung dan sepanjang perjalanan mengharumi suka duka rumahtangga.. ^^ Salam bahagia~

     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Mimpi arwah Ibu~

Salam buat diriku yang hina.. 
Hmmm... sejak kebelakangan ni selalu mimpi balik ke Kampung.. Jumpa arwah ibu dan keluarga semua.. hidup zaman kecik2 dulu macam cermin, boleh tengok dalam mimpi... selalu jugak mimpi arwah ibu datang dan tengok je ana sambil tersenyum.. Maksudnya ? hmmm... ana masih tak faham.. Al-Fatihah buat ibu..




Ibu meninggal bulan ogos 2009 , waktu tu ana di matikulasi teknikal kedah.. kalau tak silap lagi 4 minggu nak final exam semester 1... hari khamis... ana lapar sangat hari tu lepas habis kuliah., dalam tengahari camtu la... tapi dalam hati dah tau, duit dalam poket mesti dah takde... jadi ana decide nak pinjam duit kawan.. sampai2 di kafe, tengok wajah2 kawan ana tengah enak makan, tiba2 teringat plak hutang yang masih tak terlangsai.. hmm.. jadi ana ambik keputusan.. balik bilik dan tido ! Huhuhu...

Peliknya hari tu, ana senang terlena, tak seperti biasa... yela, tengah lapar kan..huhu... mana senang nak tido.. ana mimpi benda pelik... last2 ana tersedar dek kerana handphone ana berbunyi, ayah yang tepon... angkat2 je, dengar suara abang ana menangis,... dengar suara dia je dah buat ana rasa laen macam... hmmm... rupa2 nya ibu ana dah meninggal.. sebelum Asar, lebih kurang 4.15 petang hari Khamis 16 ogos 2009.. Al-Fatihah buat Ibu~

Ana takde duit sangat time tu, jadi kawan ana buat satu benda nekad.. dia ambik tin dan pusing satu asrama.. satu2 bilik dia ketuk dan mintak duit.. last2 dapat la kumpul dalam RM200...lebih kurang la... Tambah pulak ada kawan yang bagi kad bank, katanya dalam tu ada duit, kalau nak guna, guna la... Tapi ana tak pernah guna... Mungkin sebab malu, mungkin sebab tak nak depend 100% pada manusia...






Malam tu ana ambik risiko naik bas "tarik orang"... ramai kata jangan naik bas camni, nanti ntah ke mana perginya , tak sampai destinasi pon... tapi waktu tu dah memang terdesak sangat.. terpaksa naik jugak.. sebab ana perlu sampai ke Kampung ana, Kampung Balok Kuantan Pahang... nak kira jarak dari Kedah ke Pahang naek bas, agak2 dalam 10 jam untuk sampai... tak ramai orang dalam bas... tapi tiba2 ada kakak datang tergesa-gesa dan duduk tepi ana.. kesian pulak tengok, mesti baru habis kerja tu.. jadi ana biarkan je...

Dalam perjalanan tu, kakak ni asyik tido je.. dari mula2 bertolak sampailah sampai ke Kuantan Pahang.. bas berhenti pon dia tak turun makan.. dan kebiasaan pengalaman ana jika naek bas duduk tepi perempuan, mereka akan "cover" habis2 supaya bila mereka tido, kepala mereka takkan tersengguk atau terlelap di bahu orang sebelah... tapi akak ni laen plak.. selamba je dia tumpang bahu ana.. terkejut jugak.. ada juga rasa nak kejut dan alih kepala dia tapi rasa kesian plak... akak tu pakai tudung.. jadi ana fikir, xpe la.. tunggu je la sampai da sedar, mesti dia alih kepala cepat2... tapi....! 

Sampai kat Kuantan waktu subuh,... dalam pukul 8 pagi dah berjaya jejak kaki ke rumah... tapi dah terlambat la, ibu da takde kan.. just Tuhan bagi peluang tengok badan yang selalu arwah ibu guna sepanjang hidup dia... ibu da "pergi", cuma jasad je yang tinggal di bumi... Al-Fatihah buat Ibu~

Kepada yang terbaca post ni, RESPECT YOUR MOTHER!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Jodoh itu di tangan Allah~

          Salam buat diri yang hina.. hari ni dapat berita yang "best"...  hihi~ Seumur hidup ana, ana hanya pernah betul-betul suka pada seorang muslimah... Hari ni dengar dia dah bernikah dengan orang hebat.. Hebat, ana kenal orangnya... ilmu agamanya sangat baik.. huhu.. jauh jika nak dibandingkan dengan ana.. tapi takpe la...ana Redha... itu bermakna benar sekali firman Allah iaitu wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik.. ^_^  ana tak baik, mustahil dapat wanita yang baik dan solehah.. hmm.. betul-betul... 

          Tapi.....tak boleh tipu diri sendiri..hihi... memang sayu je hati... hmm.. seumur hidup, jarang apa yang ana impikan akan jadi kenyataan.. tapi mungkin itu sebab dosa-dosa yang ana lakukan sepanjang hidup ana.. Allah balas untuk kesenangan Akhirat, insyaAllah.. takpe la, hihihi..... Alif-alif, tak sedar diri! 















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Tahun Baru 1434 Hijrah~

          Salam buat diriku yang hina... Hmmm.. sekarang pukul 2.52 pagi.. lebih kurang dalam 7 jam yang lepas, tahun baru Hijrah telah membuka tirai... bermakna , 1433 Hijrah telahpun berlalu.. hm, apa la matlamat baru yang nak dilakarkan semperna tahun baru Hijrah 1434H ni yek... bukan selalu dapat duduk diam sorang diri dan muhasabah balik apa yang telah ana buat sepanjang tahun lepas. Banyak perkara sia-sia telah ana laksanakan..  ana nekad, tahun ni perlu berubah ke arah yang lebih baik.. YEA!! yakin!!!

          OK... sekarang pukul 3.00 pagi bersamaan 1 Muharram 1434 Hijrah... Matlamat,matlamat.... alamak, nak capai apa yek tahun ni.. Hari tu ada sorang sahabat , namanya Mujahidah Nuruljannah, post tentang sorang Ustaz yang dulunya pernah ambil kos engineering di Australia..hebat orangnya.. ana singgah sebentar diblognya... http://inijalanku.wordpress.com/about/ ... terkenal dengan gelaran "Ustaz Engineer" ...huhu... bila baca susur alir Ilmu yang dituntut, memang sangat kagum. ana pun nak jadi seperti beliau.. Ha,mungkin ni boleh jadi tali ukur matlamat ana..hmm....apa yek..

         BAIKLAH, INI MATLAMAT ANA, MOHAMAD ALIF BIN YUFUF SEMPERNA TAHUN BARU 1434 HIJRAH :

1. Solat fardhu penuh 5 kali dalam sehari secara berjemaah mahupun sorang2 (kalau tertido terutama Subuh..hehe..)

2. Jaga pemakanan. Tak nak da makan sesuka nafsu jek.. lepas ni nak kawal pemakanan.. makan hanya   makanan yang betul-betul diyakini Halal dan Baik.

3. Tuntut Ilmu. Selama ni ana selalu beri alasan tak minat kos Kejuruteraan Bahan disebalik result yang kurang cemerlang dan selalu tak datang kelas. Hari dan saat ini, ana berazam untuk tidak lagi ponteng dan akan tuntut ilmu walaupun Ilmu tersebut ana tak minat sangat.

4. Berbakti pada agama Islam. Mulai pagi ni, ana akan cuba sedaya-upaya untuk sumbangkan tenaga muda ni untuk perjuangan Islam. Tak nak lalai2 lagi da..

5. Game. Ana akan cuba kurangkan main game di asrama mahupun di rumah.. Lebih baik kalau dapat tinggal terus tabiat tersebut..InsyaAllah.. dah bosan main game, nak tuntut Ilmu pulak.

6. Persediaan sebagai seorang suami. InsyaAllah kalau ana ada jodoh suatu hari nanti.. jadi kena prepare banyak Ilmu.. sebab nanti nak bimbing isteri masuk Syurga.. Nak jadi suami terbaik..!

          Moga Allah s.w.t. menerima taubat hambaNya ini... "YA ALLAH, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi Rahmat..."

          "YA ALLAH, AMPUNILAH SEGALA DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN SEPANJANG HIDUPKU YA ALLAH... YA ALLAH AMPUNILAH SEGALA DOSA KEDUA IBU BAPAKU, KELUARGAKU, GURU-GURUKU, RAKAN-RAKANKU, DAN SELURUH UMAT ISLAM, SAMADA YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA PENGAMPUN YA ALLAH"

          "YA ALLAH, SAYANGILAH KEDUA IBU BAPAKU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MENYANYANGI AKU SEWAKTU AKU MASIH KECIL YA ALLAH.. YA ALLAH, KURNIAKANLAH KAMI TAUFIQ DAN HIDAYAH MU YA ALLAH.. KURNIAKANLAH KAMI HATI YANG BARU YA ALLAH.. BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI YA ALLAH.. SAYANGI KAMI YA ALLAH... DAN TERIMA LAH TAUBAT KAMI, YA ALLAH YA TUHAN KAMI..."

          ~Aamiin~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Hidup perlu ada ALLAH~

          Assalamualaikum buat diri... ada rasa sesuatu dalam hati ni, tapi tak pasti apa sebenarnya. hmm.. lemahnya iman ana...

          Semalam 4 November 2012 ada program ziarah kubur yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Islam di kampus ni. Memandangkan hari tu hari ahad, ana buat keputusan untuk join program ni, dapat jugak pahala daripada duduk bilik study jek. Ditakdirkan pagi tu ana bangun lewat, lebih kurang dalam pukul 9 pagi.. fuh..solat subuh pun tertinggal...tapi ana cuba jugak nak hadiri program ni.. duduk fikir2, akhirnya teringat sorang kawan yang satu kos, dalam hati rasanya dia pun tak pergi lagi.. kalau dia da pergi, mesti dia message ada sebab ana takde.. jadi tepon la dia..Alhamdulillah, dia belum pergi.. Allah permudahkan urusan.. berbekalkan hanya tenaga dan tawakal, ana dan sahabat ana pun bertolak ke tanah perkuburan. Di sebelah tanah perkuburan tu ada sebuah masjid.. Masjid Al-Irfan.. ^_^

          Maka berlangsung la aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kubur.. kat situ ada 2 kawasan kubur.. agak besar, dengan jumlah peserta yang ada, agak mustahil nak bersihkan kesemua kawasan sebab aktiviti ni akan berakhir tengahari.. apa2 pun, just tawakal dan buat kerja... Waktu sedang  bersihkan kawasan kubur, terperasan banyak benda penting, antaranya :

  1. Kubur ada banyak saiz.. ada yang besar dan ada yang kecil seperti saiz bayi.. Tuhan bagi "message" secara tidak langsung... kita boleh mati bila-bila masa saja.. tak kira muda atau tua.. semuanya akan merasai mati dan tak boleh lari daripada kematian.. hmm..ada kubur saiz bayi.. bertuah mereka meninggal waktu masih bayi...masih suci~
  2. Ada kubur yang dah lama terbiar.. banyak rumput2 dan lalang2 di sekitar dan atas kubur.. Ada pula kubur yang bersih je.. siap tumbuh pokok lagi di atas kubur tersebut.. nampak berfungsi sebagai payung untuk berlindung dari panas matahari.. semuanya ada maksud tersirat dan tersurat~
  3. Ada sekor ulat bulu... bila tengah cabut rumput, terperasan ulat tu duduk je atas kubur tu.. mungkin tak berani nak gerak..huhu.. takut kena ngan ana kot..huhu.. terbayang ana jadi ulat bulu tersebut dan sedang berhadapan dengan makhluk besar seperti malaikat.. urkk... apa perasaan ana waktu tu!!???
  4. Ramai yang bergelak ketawa.. termasuk ana dek kerana gurauan sahabat2 yg laen.. kalau fikir positif, mungkin mereka kesian tengok semua agak letih, jadi dengan jenaka dapat sedikit sebanyak menghiburkan hati dan menghilangkan letih.. huhu... tapi tak kerap la.. hanya sekali sekala je ketawa.. sebab tu kawasan kubur, kena banyak ingat mati.. takkan ingat mati ketawa kot!!??

          Balik je dari program, lepas zohor ana tidur.. letih, mungkin tak biasa dengan kerja2 amal seperti ni yang guna banyak tenaga.. tak sangka sangat2 dalam tidur tu, termimpi arwah ibu.. hmm.. rindu sangat2 kat ibu.... Moga ibu tenang di sana..  bangun je fikiran kosong, xtau nk wat apa..  apapun, Al-Fatihah buat ibu dan ahli kubur yang beragama Islam.. kelak kita juga akan "join" mereka.. dah siap ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Ketika Cinta Bertasbih~

Salam buat diriku sendiri... pertama kali menonton filem ni ialah pada tahun 2012, waktu hari betul2 menghampiri exam..huhu... baru tahu sebab hari tu oki setiana dewi ada datang ke Kelantan untuk melawat.. jadi tertanya-tanya , siapa plak ni..? xkenal sebab memang xpernah tengok filem tu... jadi lepas tu memang nekad nak tgok sebab kawan kata cerita tu memang "Best"... mula dengan yang pertama, filem ni memang sangat2 menarik..mungkin salah satunya sebab dilakonkan di lokasi yang cukup menjadi idaman hati iaitu di Kairo,Egypt... Universiti Al-Azhar... fuh... ^_^

Memang sangat terkesan di hati bila tonton filem ni... banyak perkara yang menjadi iktibar pada diri sendiri untuk berubah.. kalau nak dibandingkan dengan filem Ayat-ayat Cinta, rasanya filem ni jauh lebih baik.. sebab? dalam filem ni xde adegan pegang2 walaupun da kahwin.. pelakon tetap tidak bersentuhan.. ni first time tengok filem sangat2 islamik macam ni..





Sebenarnya dalam hati ni teringin sangat nak belajar agama... tapi sayang, Tuhan da tentukan untuk ambik degree dalam bidang engineering.. fuh.. memang betul2 xminat kejuruteraan Bahan kat USM ni... setiap kali pensyarah bercerita pengalaman merela di industri sebagai jurutera, xrasa pe2 pon... tgok kawan2 laen syok je dengar..tapi ana xrasa camtu,... xbest.. xramai dalam kalangan pensyarah yang betul2 faham kepentingan agama... mereka hanya sibuk dengan reseach itu ini tapi xde usaha dalam membentuk kefahaman Islam dalam kalangan pelajar... hmm.. cita-cita mereka terlalu tinggi... yang ana kenal dan suka hanya Puan Hapsah, Cik Nazri dan Cik Azwan... tu pon xde title "Doktor" atau "Professor" tapi pemikiran mereka berbeza dengan yang ada title tu...hm... bertambah janggal dalam kampus ni.. dalam 11 orang rakan sekuliah, Alhamdulillah hampir semuanya agama baik... ada hikmah besar jugak kenapa ana ditakdirkan ke USM Nibong Tebal ni....huhu...

Hari ni hari Jumaat, hari yang telah ana tetapkan sebagai hari untuk ana betul2 berubah.. nak tinggal banyak perkara sia-sia yang selama ni ana lakukan dan nak buat banyak perkara "best" yang selama ni ana teringin sangat lakukan... hidup ni penuh dengn dugaan, kadang2 bangkit dan kadang2 jatuh.. dalam suasana dan keadaan diri ana ni, susah sangat bila "time" jatuh tu.. xde orang yang sudi dengar dan tolong.. memang dari kecik ana xramai kawan.. banyak masa ana habis dengan bermain dengan anak saudara pada waktu tu.. hmm... tapi tetap bersyukur.. sebab masih ramai x setuah ana.. dapat masuk usm, dapat merasa laptop dan makanan sedap2... besarnya nikmat Allah pada kita..  tapi kita yang selalu lupa pada Allah.. xkenal Allah.. xsayang pon Allah.. sedangkan Allah la yang beri makan pada kita tiap2 hari, yang jaga kita tiap2 saat... kita manusia, makhluk pelupa sangat... harap sangat dapat berubah...  berubah ke arah kebaikan, insyaAllah.. ~Amin Ya Rabb~

Ok la, sampai sini dulu... Salam buat diriku yang hina... ~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Hidup dan Hati Baru~

Salam buat diri ana sendiri.. fuh, dah lama x tulis kat blog sendiri.. rindu dan teringat waktu mula2 design blog ni, semangat jek..huhu.. kesian blog.. maaf blog, kali ni insyaAllah ana akan sentiasa update blog.. bukan untuk dibaca orang laen pon, cukup sekadar tempat berehat untuk menulis sesuatu yg terbuku di hati.. terima kasih blog.. ~

Hari ni 3 Julai 2012, baru seminggu habis final exam di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan... memang susah...hmm..tapi sabar je la..memang salah ana sebab xusaha betul2.. xbersyukur dengan nikmat yang Allah da bagi... InsyaAllah, ana berjanji pada saat ini, ana ingin berubah ke arah yang lebih baik.. untuk jadi muslim seterusnya mukmin dan xmustahil ke darjat muktaqim pulak.. insyaAllah...

Hari ni ana nekad untuk tulis semua matlamat yang ana ingin capai dalam hidup ni.. selama ni hanya fikir di akal dan simpan di hati jek.. moga2 bila tulis, akan sentiasa teringat matlamat tu dan sentiasa target untuk mencapainya...



~Matlamat Hidup Mohamad Alif Bin Yufuf~

1. Solat Fardhu penuh 5 kali dalam sehari.
2. Dapat hafal keseluruhan Al-Quran sebelum umur 40 tahun.
3. Dapat hafal hadis shahih sekurang-kurangnya 100 hadis sebelum umur 40 tahun.
4. Dapat anugerah dekan untuk 4 semester terakhir di USM Kampus Kejuruteraan.
5. Menguasai Bahasa Arab dengan fasih.
6. Menguasai Bahasa Inggeris dengan fasih.
7. Lepas graduate dari USM Kampus Kejuruteraan, nak belajar pondok dan tuntut ilmu agama.
8. Hafal doa-doa lepas solat dan zikir.

Alhamdulillah, setakat tu je yang ana dapat ingat dan tulis... harap2 nanti ana akan dapat mencapai matlamat di atas.. xkisah la secara lambat atau cepat... asalkan dpat.. ^_^

Setakat ni dulu entry ana buat diri sendiri.... ada orang nak baca ke? kalau ada , buat anda juga ^_^
terima kasih jika sudi baca di blog ana yang serba ringkas ni... Assalamualaikum...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Sekadar Peringatan~ ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Muhasabah Diri~

“... Kadang-kadang dalam sibuk kita
berselawat pada nabi, cuba berhenti dan fikir sejenap;
cukupkah selawatku?
Andai nabi muncul di hadapanku saat ini, adakah amalan ini yang ingin aku tunjukkan pada nabi..? Andai nabi bertanya tentang
amalanku, adakah aku akan menjawab dengan gembira atau sebaliknya mengalirkan air mata kerana malu dengan nilai ibadat yang jika dibanding dengan para sahabat nabi ?"

~Muhasabah Diri~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Manusia Mulia~




Di satu celahan lorong, duduk seorang insan bergelar yahudi, sedang menunggu datangnya manusia mulia itu. Dalam penantian, perutnya bergendang sakan seolah-olah sedar dan yakin bahawa manusia mulia itu pasti datang dengan membawa sedikit rezeki untuk dihadam. Sudah sekian lama rasanya dia hanya bergantung harap pada manusia mulia itu. Walaupun tidak pernah memandang dan menatapi wajah manusia mulia itu, namun seringkali timbu secebis rasa kagum dan sayang padanya. Sukar sekali bertemu insan seperti itu di zaman belenggu jahiliah ini. Manusia mulia itu bagaikan seorang anak yang sentiasa berada di sisi seorang ayah, mendengar segala keluh kesah yang ditanggung si insan yahudi. Setiap kali manusia mulia itu datang untuk memberinya sesuap rezeki, insan yahudi tidak putus-putus menceritakan perihal seorang ahli sihir yang dikatakan mempunyai ilmu sihir yang hebat. Insan yahudi sentiasa menasihati manusia mulia itu agar tidak mendekati ahli sihir tersebut. Dia berfikir sejenak, alangkah jauhnya beza akhlak antara mereka.

“Jangan kamu sekali-kali mendekati Muhammad. Kata-katanya mampu membuat kamu terpukau dengan tipu helahnya,” kata insan yahudi. Manusia mulia hanya mendengar nasihat itu dengan tenang dan tersenyum. Ada terselit doa dalam hatinya.

“Aku khuatir sekiranya kamu mendekatinya, kamu akan berubah menjadi jahat sepertinya. Sayang sekali jika insan sepertimu terpedaya dengan kata-katanya,” tambah insan yahudi sambil mulutnya memamah rezeki yang disuap manusia mulia. Terasa nikmat kerana rezeki itu terlebih dahulu dilumat menjadi cepisan kecil agar mudah ditelan insan yahudi. Perkara itulah yang sering dilakukan manusia mulia sebelum menyuapnya ke dalam mulut insan yahudi.

Detapan kaki manusia menyentap lamunan silam insan yahudi. Terdengar detapan kaki itu kian dekat menghampirinya. Di kira, itulah manusia mulia yang sering melawatinya. Ucapan syukur terbit di hati insan yahudi, sebentar lagi dapatlah ia menjamah sedikit rezeki kurniaan manusia mulia itu.

“Aku yakin kau akan datang,” kata insan yahudi.

“Perutku sudah terasa sangat lapar sekali,” sambungnya.

Tanpa berlengah, insan yang disangka manusia mulia itupun duduk dan bersedia menyuapinya. Sebelum itu, insan yahudi terlebih dahulu menasihati dan menyambung kembali cerita mengenai keburukan manusia bernama Muhammad itu. Rasa benci bertambah terhadap manusia itu setiap kali dia menceritakannya. Jauh di sudut hatinya dia berasa lega kerana sepanjang hidupnya, dia belum pernah bertembung dengan manusia itu.



Suapan demi suapan menyedarkan insan yahudi akan sesuatu. Rezeki yang dijamahnya tidak terlebih dahulu dilumat menjadi cepisan kecil seperti kebiasaannya dilakukan oleh manusia mulia. Terlalu sukar untuk menelannya. Ini bukan manusia mulia itu!

“Kau bukanlah orang yang sering memberiku makan. Siapakah kau sebenarnya?,” Tanya insan yahudi tanpa berselindung.

“Namaku Abu Bakar. Bagaimana kau mengetahui bahawa bukan aku yang sering memberimu makan?,” Tanya Abu Bakar As-Siddiq. Timbul rasa kehairanan dalam dirinya. Dia bersungguh-sungguh ingin melaksanakan saki-baki sunnah yang masih belum dilakukannya. Tetapi tidak diramal, ada perbezaan yang ketara antara dia dan manusia mulia.

“Orang yang sering memberiku makan akan terlebih dahulu melumatkan rezeki itu sehingga mudah untuk aku menelannya,” jawab insan yahudi.

“Kenalkah kau padanya?,” tanya Abu Bakar.

“Tidak. Adakah kau mengenalinya?,”

Ketahuila wahai orang tua yahudi bahawa yang sering memberimu makan itu adalah manusia yang kau hina  di depan dirinya sendiri. Dia telah wafat.,” jawab Abu Bakar.

“Apakah maksudmu itu?,” Tanya insan yahudi.

“Dialah Muhammad!”
Terkesima mendengar jawapan itu, tanpa disedari ada air jernih menerjah pipi insan yahudi. Terpaku dirinya kerana terlalu terharu dan kagum dengan akhlak manusia mulia itu yang juga insan yang sering dihinanya, Muhammad Bin Abdullah. Terbit sebutir mutiara putih bersinar di dalam hatinya, yang selama ini tidak pernah dirasakan kehadirannya. Pintu hati yang selama ini tertutup tiba-tiba terbuka luas hanya kerana akhlak seorang manusia agung. Lantas insan yahudi berkata kepada Abu Bakar;

“Saksikanlah wahai Abu Bakar, bahawa sesungguhnya aku menyaksikan tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Kasih Bola~


Di sebuah pondok kecil, terlihat kelibat dua makhluk Allah yang sedang duduk. Ada sesuatu sedang berlaku di situ. Burung-burung yang berterbangan di udara seolah-olah merakam detik yang berharga itu lalu disimpan sebagai bukti kepada Pencipta di Mashyar nanti. Lalang-lalang bertiup lembut seakan-akan  petanda bahawa impian besar bakal tercipta. Segalanya di sini, di pondok kecil dan usang.                

“Malek tengah tengok apa tu? “ soal seorang atuk kepada cucu yang sedang duduk di sebelahnya, asyik melihat sesuatu di hadapan.                

“Malek tengok budak-budak kat sana. Seronok mereka,dapat kasut bola. Malek takde pun.” Jawab cucu dengan nada yang agak menyelirukan atuknya. Ah, apa lagi alasan yang perlu diberitahu agar kemahuan cucunya itu dapat dibantutkan. Sebagai seorang yang bergelar atuk, dia bukan tidak mahu memenuhi kemahuan cucunya,  tetapi keadaan amat tidak mengizinkan.                

  “Kan arwah ibu Malek ada bagi kasut dulu. Dah lupa ?" soal atuk.                

“Itu kasut sekolah la tok. Mana best nak buat main bola kat padang.” Keluh cucu.               

  “Ala, asalkan boleh main bola kan. Atuk ada satu perjanjian dengan Malek. Kalau Malek dapat tunaikan syarat perjanjian ini, atuk akan belikan kasut bola untuk Malek. Boleh ?” tiba-tiba idea itu menerjah di benak fikiran.                

Tumpuan Malek segera berubah ke arah atuknya. Hatinya benar-benar tertarik dengan kata-kata atuknya sebentar tadi. Air botol yang dipegang sejak tadi diletakkan di sisi. Ada perkara penting perlu didengari dan diperhalusi. Segala tentang bola amat bermakna baginya. Ibunya meninggal dunia  kerana bola. Atuknya, Najib Jaafar  juga bekas pemain bola yang amat dia sanjungi walaupun hanya  sempat  beraksi di peringkat negeri sahaja. Bola adalah perkataan azimat yang sentiasa menjadi pendorong di kala manusia mengherdik dan melontarkan tohmahan kepada keluarganya. Semuanya bola.  

             

“Sebelum atuk benarkan Malek main bola, atuk nak tanya. Malek betul-betul pilih bola sebagai cita-cita Malek?” soal atuk.                

“Sebenarnya tok, Malek nak jadi ustaz bila besar nanti. Tapi minat Malek betul-betul pada bola. Biarlah apa orang nak cakap, Malek tetap pilih bola. Tapi Malek juga nak jadi pendakwah. Boleh ke tok berdakwah dengan bola?"                

Tersentak dengan soalan cucunya itu, si atuk segera mengatur kata-kata yang seterusnya. Jauh sungguh pemikiran cucunya walaupun baru berusia 15 tahun. Seteguk air ditelan lalu bersedia menjawab persoalan cucunya sebentar tadi. Dalam hati dia berdoa, moga kelak cucunya tidak senasib dirinya. Anaknya  meninggal dunia di saat dia sedang bermain bola di stadium. Tiada siapa yang mahu pergi ke padang dan memberitahunya. Habis perlawanan , barulah dia mendapat berita tentang kemalangan yang berlaku kepada anaknya. Hanya Malek yang sempat bertemu dan mendengar permintaan terakhir anaknya, Sofea di hospital.                “Jaga atuk. Ingat, kalau main bola, main betul-betul kerana Allah. Tutup aurat, jangan tinggal solat.Cakap kat atuk ibu minta maaf sebab tak sempat nak tengok atuk main bola di stadium.” Pesanan itu hanya sempat didengari  daripada mulut cucunya, Malek. Kekesalan memenuhi jiwa lantas dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada bermain bola. Tawaran untuk bermain sebagai pemain kebangsaan ditolak mentah-mentah. Namun tidak disangka, minat dan bakatnya itu turun kepada cucunya.

Teringat peristiwa di saat Sofea dirogol dan penjenayah itu gagal dikesan, ramai penduduk kampung yang menuduh anaknya itu melakukan hubungan terlarang denganya. Usia anaknya ketika itu baru berusia 15 tahun. Walaupun Malek lahir bersama tuduhan dan cacian manusia, dia tidak sedikitpun membenci cucunya itu. Malah ditatang bagai minyak yang penuh dan diberikan ilmu agama yang cukup. Hanya Al-Quran sahaja yang masih belum dihafal oleh cucunya itu.           

  

  “Boleh Malek. Dakwah itu sangat luas. Tapi Malek kena janji dengan atuk, Malek kena hafal Al-Quran sampai habis baru  Malek boleh main bola. setuju ?” Jawabnya ringkas.              

  “Betul ke tok? Kalau Malek Berjaya hafal Al-Quran, atuk bagi main bola? Boleh dapat kasut bola?” soal Malek dengan bersungguh-sungguh. Ada sinar harapan terbit daripada kelopak matanya.             

   “Hanya dengan berbekalkan ayat suci itu dalam hati Malek, atuk dapat jamin yang Malek boleh pergi jauh. Atuk doakan Malek dapat buktikan sesuatu pada manusia lain bahawa Malek mampu berjaya.”  Tanpa disedari  air jernih segera menerjah pipinya. Pilu rasa hati bila memikirkan nasib cucunya itu tika dia sudah tiada lagi di dunia. Hanya itu yang menjadi nasihat dan bekalan buat cucunya. Dia tidak punya banyak harta, tanah mahupun ilmu. Sekadar nasihat dari insan bergelar atuk.                

“Baiklah tok.Malek akan buktikan kerana Allah. Malek akan berdakwah dengan bola. Moga dakwah Malek direstui Ilahi. Jom tok kita balik, dah tak sabar nak hafal Quran. Hehe..” ketawanya sendirian. Moga dengan suara gembiranya itu dapat menyekat air mata atuknya yang mengalir sejak dari tadi.                

  Impian disemat dan disimpan di dada iman. Hanya Allah segala perancangan diserahkan. Atuk, Malek akan buktikan pada semua. Atuk tunggu yek!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Dia Kekasihku~

“Rapat-rapatkan saf,lurus-luruskan saf.”

Jemaah yang ada di dalam masjid bingkas bangun, dengan niat menunaikan solat subuh pada hari itu. Aku yang terkiyal-kiyal mencari punca suara tersebut lari ke arah tiang masjid yang berdekatan, takut di lihat tidak sekali menunaikan solat subuh berjemaah. Satu demi satu aku memerhatikan gerak-geri imam yang berada di bahagian paling hadapan. Hebat, itu yang terlintas di fikiranku sebaik sahaja imam tersebut sujud menghadap Ilahi. Kenapa manusia sanggup meninggikan punggung lebih daripada kepala mereka?” fikirku sendirian.






“Adik tak solat sekali?” Suara yang cukup lunak itu mengalihkan pemerhatianku daripada terus melihat imam. Cantik, rupa paras dan suaranya cukup membuat aku menitiskan air mata. Inilah pertama kali ada insan yang sudi mengajakku menunaikan solat.

 “Abang ni sape yek? Saya tak pernah nampak pun di masjid ni.”. Mendengar sahaja soalanku itu, lelaki tersebut terus tersenyum.

“Abang sentiasa ada di hati umat yang mengingati abang. Di sini, ada yang terlalu rindukan pertolongan abang.”ujarnya.


Pelik, itu yang terdetik dalam hatiku. Dari mana datangnya insan ini? Tiba-tiba muncul secara menyejut, tersenyum dan berkata perkara yang sukar difahami. Mukanya cukup putih, berseri dan bersih. Setiap wanita yang memandangnya pasti akan terpikat dengan gaya dan percakapannya yang lembut serta suara yang lunak. Dari pemerhatianku, gayanya tidaklah seperti seorang imam ataupun bilal yang akan mengetuai solat. Tetapi dengan penampilan jubah yang tidak melebihi buku lali, kopiah putih yang tersegam indah di kepala dan tasbih yang tergantung di pergelangan tangan seolah menunjukkan dia adalah seorang ulama. Ulama yang satu ketika dahulu pernah menjulang zaman kegemilangan islam. Ah! Fikiranku mula menuju ke arah kegilaan berimaginasi.

“Pertolongan? Apa ye bang..boleh bagitahu?”


“Hati dan jiwa.”


“Hati dan jiwa? Tak faham la bang. Abang ni siapa sebenarnya? Jangan culik saya, saya budak miskin. Takde maknanya abang culik saya.” Mendengar sahaja percakapanku itu, lelaki tersebut tersenyum lebar. Mungkin melucukan,fikirku.



“Adik kenal dengan Allah dan Muhammad?”


“Tak la bang. Saya hanya selalu dengar nama tu dalam masjid ni. Tapi tak siapa pun sudi bagitahu saya. Mungkin nama imam dan bilal.Hehehe..” ketawaku sendirian.


“Itu nama Pencipta dan Kekasih adik, dunia dan akhirat.”


“Pencipta dan Kekasih? Mak saya yang lahirkan saya la bang,bukan Allah dan Muhammad.” Jelas menyerlah kejahilanku terhadap agama saat itu.




Sebaik sahaja mendengar celotehku itu, lelaki tersebut dengan perlahan mengusap kepalaku. Saat itulah aku melihat dengan jelas air matanya jatuh ke lantai masjid, satu demi satu. Sekali lagi fikiranku mula mencari-cari identiti sebenar lelaki ini. Kenapa dia menangis sebaik sahaja mendengar jawapan yang terkeluar dari mulutku ini? Aku mula tidak memahami situasi. Mungkin sekali kata-kataku sebentar tadi terlalu sukar untuk diterima olehnya.Atau mungkin ianya hanya sekadar lakonan yang selalu dimainkan oleh watak-watak jahat hebat yang selalu ku lihat di kaca televisyen.Ah! masakan insan yang berjubah sempurna dan berwajah umpama sutera ini mampu memainkan watak lakonan jahat seperti rosyam noor. Melihat terus air matanya jatuh, aku sedikit mengerti. Teringat pula pesan ibu.


“Selalunya, orang yang benar-benar mengasihi kita akan menangis.”


“Menangis kenapa bu?”

“Menangis melihat orang yang mereka cukup sayang berada di tengah-tengah kebuntuan. Tak cukup ilmu dan selalu mendapat penghinaan daripada manusia. Yang penting, tak dapat hidayah.”


Siapa insan ini? Hatiku mula tertarik untuk mengenalinya. Kesalahan daripada kata-kataku sebentar tadi membuatkan perasaan ini menjadi agak gementar dan serba salah dibuatnya. Pesanan ibu mula bermain-main di benak fikiran.

Aku yang kian berasa serba salah lantas memohon maaf sambil mencari-cari sapu tanganku.

"Nah bang, sapu tangan. Maafkan saya sekiranya kata-kata saya tadi buat abang terasa hati.” Kataku memujuk. Lelaki tersebut dengan lembut menyambut sapu tanganku itu lalu melihat ke arah jemaah solat yang pada waktu itu sedang membaca doa qunut. Sambil menyapu air matanya, dia bingkas bangun dan berjalan mendekati jemaah tersebut.

Sebelum ghaib daripada pandanganku, lelaki itu sempat berpaling ke arahku.“Nama abang Muhammad…..Muhammad bin Abdullah”                         




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Iman 4Flat~




Mungkin apa yang ingin aku sampaikan ini adalah perkara biasa bagi sesetengah individu. Namun aku harapkan, moga pengalaman hidup ini dapat dijadikan iktibar dan titik-tolak perubahan insan yang membacanya.InsyaAllah…

Aku berasal daripada keluarga yang serba kekurangan. Makan, minum dan pakaian jauh sama sekali seperti rakan-rakan yang lain. Mungkin ini yang menyebabkan aku kurang mempunyai sahabat yang dapat mendengar keluh-kesah hidupku. Seingat aku, hanya ada 3 insan yang teramat penting dan bermakna dalam hidup pada waktu itu; ibu, kakak dan abang cik. Mereka antara insan kurniaan tuhan yang sentiasa menjadi tempat untukku bergurau dan berjenaka. Sahabat? Saat itu aku masih belum memahami makna di sebalik perkataan itu.

Aku masih ingat ketika saat aku ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Dengan berbekalkan duit hasil daripada pemberian saudara terdekat, aku membawa diri menuju ke sebuah negeri yang sebelum ini belum pernah ku jejaki. Seorang diri, bukan bersama keluarga seperti insan dan rakan-rakanku yang lain. Aku masih ingat kata-kata arwah ibu beberapa hari sebelum keberangkatanku.

“Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak” kata-kata yang pada waktu itu sukar untukku tafsirkan dengan logik akal. Apa yang penting bagiku pada waktu itu ialah dapat melanjutkan pelajaran walau sejauh mana pun kaki ini perlu melangkah. Benak hati terfikir, mungkin ibu risau tentang perjalanan aku nanti. Jauh, dari Pahang menuju ke Kedah mengambil masa 10 jam dengan menaiki bas. Seorang diri pula. Allah ada ibu, Allah ada…


Alhamdulillah, dengan bekal hanya iman dan tawakal, akhirnya sampai juga kaki ini ke medan perjuangan ilmu bergelar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.Melihat rakan-rakan yang datang bersama keluarga, tergambar betapa gembiranya perasaan mereka. Bertuah, mereka patut bersyukur pada Ilahi. Ibu dan ayah mereka senang, ada kereta untuk membawa anak tersayang menuju ke medan perang. Ayah aku? Haha… teringat pula kereta lamanya yang tersadai di depan rumah. Ayah selalu bertarung dengan kereta kesayangannya itu. Sekali-sekala syukur jika kereta itu dapat dihidupkan. Tapi selalunya memang sukar mendengar dentuman enjin daripadanya.

Harapan aku hanyalah satu, aku ingin memiliki satu-satunya angka yang cukup dikejar oleh pelajar ketika itu, 4.0 flat. Doa dan usaha aku gandakan dari hari ke hari demi mengejar kejayaan tersebut. Teringin sekali membawa balik angka tersebut dan menunjukkannya pada ibu. Walaupun ibu mungkin tidak mengerti apa makna di sebalik angka itu, cukuplah dapat melihat senyuman di wajahnya tatkala aku mengatakan aku antara pelajar cemerlang di kolej ini. Harapan itu aku simpan dan semat di dada. Adakah peristiwa itu telah tertulis di Lauh Mahfuz? Tuhan lebih mengetahui.

Aku masih ingat hari itu,hari khamis. Aku keluar dari bilik kuliah dan menuju ke kantin. Aku cuba meraba-raba poket, mencari sekiranya masih ada sisa-sisa wang yang masih tinggal. Harapanku hancur, poketku kosong. Duit elaun telah habis aku gunakan untuk membeli barang-barang untuk menghadapi kuliah dan peperiksaan nanti. Dengan niat berpuasa, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik. Mataku masih memandang rakan-rakan yang sedang enak menjamu selera masing-masing. Kalau ikutkan nafsu, ingin saja aku pergi ke arah mereka dan meminjam wang seperti sebelum ini. Namun bila memikirkan hutang yang masih tidak dapat aku langsaikan, aku mengalah. Minum air paip lagi hari ni, desis hati kecilku.


Salah satu cara untuk aku menghilangkan rasa lapar adalah tidur. Cara itulah yang sering aku lakukan sejak daripada kecil lagi. Keluarga yang miskin menyebabkan kami sekeluarga sering menahan lapar sehingga berhari-hari lamanya. Mungkin sebab itu puasa tidak menjadi satu masalah buatku. Berlapar di siang hari sudah menjadi rutin waktu kecilku.Malam? minum air paip dan terus tidur.


Aku melemparkan badan yang kian penat di atas katil dan cuba untuk lelap. Peliknya pada hari itu, aku mudah melelapkan mata , tidak seperti selalu. Dalam tidur, aku bermimpi perkara yang amat aneh sekali. Bayangkan, dua buah kotak masing-masing berada di sebelah kiri dan kanan. Lalu dua kotak itu bergerak menuju ke tengah antara kiri dan kanan, bercantum menjadi satu kotak. Setelah lama kemudian, hanya salah satu kotak sahaja yang kembali ke tempat asalnya tadi iaitu di sebelah kanan sedang kotak yang asalnya berada di sebelah kiri masih kekal ditengah-tengah.



Aku tersentak dengan deringan telefon bimbit yang berada di sisi. Dengan pandangan yang kurang jelas kerana tidak memakai cermin mata, aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Ni nombor ayah, desis hati. Tanpa berfikir panjang aku terus menjawab panggilan tersebut. Eh , kenapa suara abang aku yang keluar ni?mungkin talian di sana tidak berapa baik. Sebab itu suara ayah dah macam suara abang, fikirku.

“Alif, mak dah takde” kata-kata abang itu aku sambut dengan jeritan yang teramat. Sukar untuk aku percaya saat itu. Dalam keadaan wang yang kosong , aku bergegas menuju ke bilik sahabatku, Kamal. Saat itu, hanya dia yang terbit di benak fikiran. Mungkin dia dapat meminjamkan sedikit duit untuk tambang bas pulang nanti. Sesampai aku di muka pintunya, dia secara spontan melihat ke arahku lalu bertanyakan hajat kedatanganku.

“Mak aku dah meninggal mal. Aku nak balik tapi takde duit. Pinjam RM50 mal. Nanti aku bayar balik”

“Takpe, kau tunggu sini, nanti aku datang balik. Tunggu kejap” itulah sifat seorang sahabat. Dengan menebalkan mukanya demi seorang sahabat yang dalam kesusahan, dia pergi dari satu bilik ke bilik yang lain untuk meminta sedikit bantuan bagi membantuku. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan membawa sejumlah wang.


“Nah lif. RM150. Budak-budak ni yang kasi. Tak payah bayar balik. Kau buat tambang bas dan makan minum kau dalam perjalanan nanti. Aku tahu kau tak makan dari semalam. Nanti aku jumpa pensyarah untuk tanyakan tentang bas. Budak sekolah kebetulan balik cuti seminggu hari ni lif, jadi tiket bas ke timur banyak dah habis. Kau tunggu sini”


***




Mataku memandang tepat ke arah mayat itu. Aku masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itu bukan ibuku. Aku memandang ke arah langit lalu bertanya seolah-olah insan yang sudah kehilangan akal dan akidah. Ya Allah, apa dosa aku sehingga kau uji aku sebegini rupa. Air mata lantas membasahi pipi , seperti menjawab persoalanku. Aku pergi tanpa redha ibuku… aku ingat kata-kata ibu waktu itu…

“Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak”

Keberkatan dalam hidupku mula hilang , itu yang dapat aku rasai. Peperiksaan akhir semester satu merupakan penyeksaan buatku. Sukar sekali untuk aku menjawab persoalan yang diberi walaupun sebenarnya aku mengetahui jawapannya. Betul, walaupun aku tahu jawapan di sebalik soalan, aku masih tidak mampu menjawabnya. Sukar untuk difahami, tapi itulah apa yang aku alami. Waktu itu aku mulai sedar, angka yang selama ini aku kejar tidak mungkin dapat aku miliki. Satu sahaja doa yang sering aku panjatkan pada Ilahi.

“Ya Allah, sekiranya Engkau tidak mengizinkan aku untuk memiliki 4 flat dalam pelajaranku, izinkanlah aku mendapat 4 flat dalam imanku Ya Allah. Amin”

Saat itu barulah aku benar-benar sedar, aku terlalu mengejar 4 flat sehingga aku lupa tentang keberkatan daripada seorang ibu. Apabila keputusan diumumkan, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat 4 flat dalam kolejku. 4 flat, yang terbaik dan sempurna sekali,semua A. Sehingga hari ini baru aku sedar, bukan 4 flat itu yang aku kejar. Tapi iman 4 flat, iman yang sempurna daripada semua segi. Semuanya A, seperti para sahabat baginda Nabi Muhammad S.A.W.. Ya Allah, kurniakan aku iman 4flat, iman yang sempurna……


***


Pada kawan-kawan dan para sahabat yang membaca, harap kamu semua dapat mengambil iktibar. Sampai saat ini, keberkatan dalam menuntut ilmu masih saya tercari-cari. Usaha telah saya lipat gandakan, pensyarah dan tenaga pengajar telah sehabis usaha saya hormati. Namun kemudahan dalam menuntut ilmu tidak lagi saya rasai seperti dulu. Keputusan dalam peperiksaan semakin menurun dan tekanan dalam hidup semakin bertambah. Kenapa? Kerana IBU. Saya berasal dari keluarga yang susah dan waktu penghijrahan saya ke Kedah itu adalah saat dimana ibu sedang mengalami sakit tenat. Tapi saya tetap dengan pendirian untuk menuntut ilmu dengan harapan dapat membetulkan umat islam dan diri sendiri. Sedangkan saya tidak sedar saya dalam kemurkaan Allah. Sehingga hari ini saya berdoa, moga Allah ampunkan dosa saya terhadap ibu. Tiap-tiap pagi saya hadiahkan pahala Al-Mathurat buat ibu. Tapi masih sehingga kini belum terjawab persoalan di benak fikiran. Anak soleh atau anak derhaka aku ini?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)


Ingat sahabat sekalian, nabi menyebut “anak yang soleh”. Ada satu syarat yang teramat berat sekali di situ iaitu soleh. Senangnya soleh di mata manusia, tetapi sukarnya untuk soleh di sisi Maha pencipta. Terima Kasih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~Salam Sahabat~


Pertama nak cite, saya ni memang baru sangat dalam bidang blogger atau lebih tepat lagi dalam bidang IT. Jadi, harap2 sangat ada sahabat yang sudi membantu saya. Blog ni saya created bukan saja untuk kembangkan bisnes perniagaan, sebaliknya juga saya inginkan perkongsian dari para sahabat yang sudi datang berkunjung di blog ringkas ni.


     Tunjuk ajar dari segi bahasa, adab dan cara penyampaian amat saya perlukan. Takut2 nanti ada yang terasa hati, saya xmampu nak hadapi. Kalau sahabat jenis yang berminat dengan barang2 seperti USB pendrive dan seangkatan dengannya, boleh la selalu kunjung blog ni..hehe... InsyaAllah, segala urusan perniagaan akan berjalan lancar seperi yg dijanjikan..


    Bila saya mengunjungi blog2 sahabat, saya rasa agak kagum. Semua nya cantik dan kreatif terutama dari kaum hawa. Hebat! harap sangat saya mampu berdikari dan dapat berbuat seperti mana sahabat sekalian telah capai sekarang.


Apapun, terima kasih daun keladi, ada umur mungkin kita bertemu kembali... ~Assalamualaikum~
    

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~USB Pendrive~


















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Powered by Blogger.